KDB S.K ABI
24 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Abi telah berlangsung Kempen Klik Dengan Bijak bersama pelajar sekolah rendah. Program tersebut diadakan di dewan sekolah bermula pada jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang. Program dianjurkan oleh staff PI Padang Besar (S) dengan kerjasama PI yang lain ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibubapa dan penjaga. Kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasidan Multimedia 1998.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: